Novel Kenangan di Puncak



Novel Kenangan di Puncak merupakan produk pertama Sen Studio. Novel ini telah dilancarkan pada 22/11/2012 dan para pembeli sudah mula membeli pada tarikh tersebut. Novel ini pada asalnya ditulis di blog www.yespepol.blogspot.com oleh pepol, seorang pemuda yang minat menulis di kala ada waktu terluang. Untuk versi di blog, cerita Kenangan di Puncak ini pada asalnya hanya mempunyai 15 part sahaja, tetapi ceritanya tidak tamat di situ, sebaliknya hanya tergantung begitu sahaja. Ini memang disengajakan oleh penulisnya, pepol kerana beliau ingin menjadikan karyanya ini sebuah novel pada 1 hari nanti. Dan selepas setahun lebih cerita Kenangan di Puncak dihasilkan, akhirnya cerita ini berhasil menjadi sebuah novel bermuka surat 168.

Ada yang mencemuh, mengatakan kenapa perlu membeli novel ini sedangkan ceritanya boleh didapati secara percuma di blog? Sabar dulu adik-adik, mari abang ceritakan. Untuk versi blog, hanya ada 15 part sahaja, tetapi versi novel ada 28 part kesemuanya. Jika versi blog hanya ada 12 ribu patah perkataan, untuk versi novel ada 30 ribu patah perkataan. 15 part pertama yang turut dimuatkan di dalam novel ini juga sudah mengalami perubahan di mana terdapat beberapa gaya bahasa yang sudah diubah bagi menyesuaikan ia untuk diterbitkan sebagai sebuah novel. 

Bagi versi novel ini, kesemua watak utama seperti "aku", Kudi, Gadis Berjilbab, Nikita Willy dan juga Chee Boong masih dikekalkan. Dan yang lebih menarik, watak "aku", Gadis Berjilbab dan juga Nikita Willy akan diberikan nama, mau tau apa nama, boleh dapatkan novel ini. Memandangkan cerita versi novel lebih panjang dari versi di blog, maka beberapa watak sampingan juga telah ditambah, dan watak-watak ini sememangnya wujud di dunia realiti. Watak seperti Nana, Laila dan Bonda, trio bijak pandai telah dimasukkan bagi memperkemaskan lagi novel ini. Watak Faizal, seorang melayu peminat K-Pop dengan raut wajah ala-ala Yonghwa juga telah ditambah. Dan bagi peminat Kudi, anda juga berpeluang untuk membaca lebih banyak perihal Kudi di dalam novel ini, banyak part yang melibatkan Kudi di dalam Kenangan di Puncak versi novel ini. 

Dan kepada mereka yang baru sahaja tau pasal Kenangan di Puncak, atau belum tahu dan ingin tahu, berikut adalah serba sedikit sinopsis berkaitan cerita ini. 

Cerita ini berlatar belakangkan kehidupan sekumpulan mahasiswa yang belajar di UiTM Puncak Alam. Kisahnya bermula apabila seorang siswa yang kurang pandai, Fulzam ada menanam perasaan kepada seorang siswi yang digelar Gadis Berjilbab yang juga merupakan rakan sekelasnya. Bagaimanapun, dia tidak meluahkan perasaannya itu, sebaliknya memendamkannya sahaja. Sehinggalah satu hari, Fulzam ditemukan dengan seorang siswi lain yang raut wajahnya cantik bagaikan Nikita Willy. Dan kini, Fulzam dalam dilema, samada mau memilih antara Gadis Berjilbab atau Nikita Willy. Ketika dalam dilema inilah, Fulzam mendapat tahu bahawa Gadis Berjilbab sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati. Hatinya hancur sehancurnya dan dia mula mengalihkan perhatiannya kepada Nikita Willy. Fulzam mula selesa bersama Nikita Willy, sehinggalah Fulzam dimaklumkan sendiri oleh Nikita Willy bahawa beliau juga sudah menerima cinta dari seorang lelaki lain. Kini, Fulzam mula putus harapan. Tiba-tiba, Gadis Berjilbab memberitahu bahawa dia sudah putus dengan teman lelakinya, sekaligus membenihkan semula harapan. Tetapi, pada masa yang sama, Kudi, teman baiknya, mahu Fulzam berkasih dengan rakan kepada skandalnya. Ketika kekalutan ini berlaku, Nikita Willy juga kembali rapat dengan Fulzam, sehingga menimbulkan persoalan, siapakah yang bakal Fulzam pilih, Gadis Berjilbab, Nikita Willy atau seorang gadis misteri yang diperkenalkan oleh Kudi??

p/s: Jika mahu membuat tempahan novel ini, like sahaja page Sen Studio, dan inbox Sen Studio dengan menaip frasa ini, ' Saya nak Kenangan di Puncak' dan mesej anda akan dibalas dengan serta merta. 

0 comments:

Post a Comment